LATAR BELAKANG KEMENTERIAN KERJA RAYA SABAH

Kementerian Kerja Raya Sabah dahulunya dikenali sebagai Kementerian
Pembangunan Infrastruktur dan juga dikenali sebagai Kementerian Perhubungan
dan Kerja Raya yang ditubuhkan melalui WARTA KERAJAAN No. 56 bertarikh 21
September 1963.

Kementerian ini bertanggungjawab untuk merancang dan menyediakan
kemudahan awam, infrastruktur melalui Jabatan dan juga agensi-agensi di
bawahnya iaitu:

-Jabatan Kerja Raya Sabah
-Jabatan Air Negeri Sabah
-Jabatan Keretapi Negeri Sabah
-Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah
-Lembaga Pelabuhan-Pelabuhan Sabah
-Jabatan Pembentungan Negeri Sabah